PENAMPANG: Kira-kira 200 pelari dijangka menyertai Larian Spirit of 85, di sini, Ahad ini (28 Jan).
Penganjur, Presiden Kelab Peminat Sukan Ekstrem Sabah Labuan, Steve Johnny Mositun berkata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dijadual merasmikan larian riadah itu.
“Spirit of 85 melambangkan golongan dewasa muda berumur 40 tahun ke bawah yang kebanyakannya sudah menceburi sektor pekerjaan,” katanya.
“Larian ini bertujuan menggalakkan aktiviti riadah dalam kalangan peringkat umur ini agar mereka tidak hanya tertumpu kepada pekerjaan semata-mata.
“Selain itu, ia juga boleh menjadi platform yang baik untuk menyatukan masyarakat setempat.”
Selain Joachim, Presiden KDCA Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Pengerusi Perkasa Reality Christopher Mandut, dan Adun Telupid Datuk Johnnybone Kurum juga dijangka menghadiri larian itu.
Tempat permulaan-penamat untuk larian 10 kilometer ini adalah di perkarangan Hongkod Koisaan KDCA di sini.
Pelari boleh mengambil kit perlumbaan mereka di Pusat Teknologi dan Konvensyen Antarabangsa (ITCC) di sini, dari 10 pagi-8 malam, Sabtu ini (27 Jan).
Untuk maklumat lanjut, hubungi Jannette Hiu di 0128356083 atau Helena (0178017075).