TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu diberitahu bahawa punca kematian pemandu e-hailing yang mati dibunuh Januari tahun lalu adalah akibat luka tajam pada leher.
Perkara itu dinyatakan Pakar Patalogi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Dr. Muhammad Uzair Ahmad Suriani, 37, pada hari ke-tujuh perbicaraan kes membabitkan bekas Ketua Staf Perisikan Esscom, Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, bersama enam pegawai dan anggota polis serta seorang wanita.
Saksi ke-19 itu berkata dia menemui terdapat 21 luka kecederaan hasil pemeriksaan luaran pada jasad si mati semasa melakukan proses bedah siasat pada 18 Januari 2023 di Unit Perubatan Forensik Hospital Tawau.