Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Saksi wanita mengaku tikam bekas suami, 8 tertuduh kes bunuh dilepaskan di Tawau
Published on: Thursday, January 25, 2024
Published on: Thu, Jan 25, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Saksi wanita mengaku tikam bekas suami, 8 tertuduh kes bunuh dilepaskan di Tawau
Para tertuduh yang dilepaskan bersama para peguam mereka. (Gambar: Harian Ekspres/Lagatah Toyos)
TAWAU: Seorang saksi wanita mengaku menikam bekas suaminya, seorang pemandu e-hailing yang mati dibunuh, semasa perbicaraan di mahkamah, menyebabkan lapan orang tertuduh dalam kes tersebut dibebas dan dilepaskan.

Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis membebas dan melepaskan bekas Ketua Staf Perisikan Esscom, Datuk Mat Zaki Md Zain, bersama tujuh yang lain yang dituduh membunuh seorang pemandu e-hailing, selepas mendengar permohonan daripada pihak pendakwaan untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas semua tertuduh di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Advertisement
Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas permohonan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Khairul Azreem Mamat untuk tidak meneruskan pendakwaan susulan perkembangan terbaharu pada perbicaraan hari ke lapan, membabitkan saksi ke- 23, Nurimah Juli, 35, yang merupakan bekas isteri mangsa bunuh.

Semasa pemeriksaan utama itu, Nurimah memberitahu mahkamah dia menikam mangsa dengan gunting  yang diambil dari begnya ketika bergaduh dengan bekas suaminya di dalam kereta Myvi di lokasi kejadian bunuh dan tiada sesiapa di lokasi kejadian ketika itu (hanya Nurimah dan Nurman).
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here