Kota Kinabalu: Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK) dan Sedafiat Sdn Bhd menerima pengiktirafan “Pejabat Bersih dan Hijau” daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Mayor Dato’ Sri Dr Hj Sabin Samitah berkata anugerah pengiktirafan itu adalah bagi menghargai usaha premis yang telah membantu DBKK menjaga kebersihan kawasan masing-masing dan mengurangkan pembuangan sisa.
“DBKK mengucapkan tahniah kepada MKAKK dan Sedafiat. MKAKK dan Sedafiat merupakan premis pertama yang berjaya diiktiraf sebagai “Pejabat Bersih dan Hijau” pada tahun ini.
Advertisement





