Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
DR JOACHIM (kedua, kanan) menerima cenderahati daripada Yeh (tengah) semasa melawat reruai persatuan.
Hajiji juga memuji USCCAKK kerana tidak pernah gagal menganjurkan festival itu setiap tahun, acara yang dinantikan oleh komuniti Cina serta rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini. Sempena Tahun Baharu Cina, beliau mengajak seluruh rakyat Sabah khususnya komuniti Cina, untuk terus bersama-sama kerajaan membangun dan memajukan negeri ini, agar Sabah terus maju pada masa hadapan. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Cina khususnya atas sokongan berterusan anda untuk bersama-sama kita memakmurkan negeri ini,” katanya. Sementara itu, Dr Huang berkata Konsulat Jeneral China bersedia untuk bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat di Sabah dalam mengeratkan silaturahim, dan mempromosikan pembinaan komuniti China-Malaysia dengan masa hadapan dikongsi bersama. Beliau berkata langkah itu juga selaras dengan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. “Tahun 2023 merupakan tahun yang membuahkan hasil bagi kita semua. China dan Malaysia mencapai kata sepakat penting dalam membina komuniti China-Malaysia dengan masa depan bersama, yang membuka lembaran baharu hubungan dua hala kami. “Selain itu, bermula dari bulan lepas (1 Disember), China dan Malaysia telah melaksanakan dasar bebas visa timbal balik. Perkembangan ini telah menyediakan peluang baharu untuk kerjasama antara China dan Sabah. “Baru-baru ini, Kementerian Luar Negeri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kepatuhannya kepada dasar One-China, dan masyarakat Cina di Sabah telah menunjukkan sokongan besar terhadap penyatuan semula China. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada anda semua atas sokongan anda,” kata Dr Huang. Lebih seratus tahun lalu, Dr Huang berkata warga Cina berhijrah dan menetap di Sabah. Walaupun jauh dari tanah air, mereka tetap menjaga tradisi dan menyebarkan budaya tersebut. “Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada USCCAKK kerana berjaya menganjurkan festival ini. “Festival ini mempromosikan budaya tradisional Cina, menyatupadukan komuniti Cina, dan mewujudkan keharmonian di Sabah, menjadikan Sabah begitu unik dan terkenal dengan keharmonian dalam kalangan rakyat pelbagai kumpulan etnik,” katanya. Mulai tahun ini, Dr Huang berkata Tahun Baharu Cina telah disenaraikan secara rasmi sebagai cuti terapung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam kalendarnya, bermaksud ia bukan sahaja untuk komuniti Cina, tetapi telah menjadi acara perayaan global.





