Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM75.68 juta tunggakan cukai belum dibayar kepada DBKK
Published on: Wednesday, January 31, 2024
Published on: Wed, Jan 31, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
RM75.68 juta tunggakan cukai belum dibayar kepada DBKK
Beliau berkata rebat sebanyak lima peratus terhadap cukai tahun semasa diberikan sekiranya pembayar membayar cukai kadaran tahun semasa sekali gus pada atau sebelum 31 Mac 2024.
Kota Kinabalu: Penduduk Bandaraya belum membayar tunggakan cukai berjumlah RM75.68 juta kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setakat Selasa.

Mayor Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah (gambar) berkata, jumlah itu termasuk cukai kadaran sebanyak RM54.3 juta, faedah RM19.21 juta dan bayaran notis sebanyak RM2.16 juta.

Advertisement
Tahun lepas, beliau berkata DBKK telah memfailkan 11 notis tuntutan cukai berjumlah RM30,485.73 serta tujuh kes saman bagi tindakan perintah pelaksanaan berjumlah RM64,518.24.

“Pada tahun sama, sebanyak 68 kes yang difailkan di mahkamah bagi kes pada tahun-tahun sebelumnya berjaya diselesaikan dengan jumlah kutipan RM634,051.52.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“DBKK menggalakkan semua pembayar cukai (pembayar kadar) menjelaskan cukai kadaran masing-masing dengan segera, bagi mengelak dikenakan faedah dan tindakan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra Mayor bersama media, di sini malam Isnin.

Turut hadir Ketua Pengarah DBKK Junaina Abbe, Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar, beberapa ketua pengarang media massa dan elektronik serta wartawan kanan selain Timbalan Ketua Pengarah DBKK.

Advertisement
Bagi menggalakkan pembayaran tunggakan cukai (kadar taksiran), Dr Sabin berkata diskaun 75 peratus ke atas bayaran faedah serta notis pemberitahuan akan diberikan untuk suku tahun pertama, dengan syarat pembayaran cukai tunggakan dibayar sekali gus.

Beliau berkata rebat sebanyak lima peratus terhadap cukai tahun semasa diberikan sekiranya pembayar membayar cukai kadaran tahun semasa sekali gus pada atau sebelum 31 Mac 2024,” katanya.

Advertisement
Menjawab satu soalan, Dr Sabin berkata DBKK mempunyai rancangan untuk menambah bilangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Bandaraya atas sebab keselamatan.

Sehubungan itu, beliau berkata mereka berharap kerajaan negeri mempertimbangkan permohonannya bagi mendapatkan pembiayaan untuk memasang lebih banyak CCTV di sini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here