Tue, 30 Apr 2024

HEADLINES :


Buka peluang ekonomi kepada penduduk Lumadan: Pembinaan bangunan kedai di Padas Damit
Published on: Thursday, February 01, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

Buka peluang ekonomi kepada penduduk Lumadan: Pembinaan bangunan kedai di Padas Damit
RUSLAN (belakang, dua dari kanan) bersama Nazri (dua dari kiri) menyaksikan pemeteraian MoU di antara Perkasa Realty Sdn Bhd diwakili Mat Saidi (tengah) pada majlis itu.
BEAUFORT: Usaha memperkasa ekonomi di kawasan dewan undangan negeri (Dun) Lumadan akhirnya tercapai menerusi pembinaan bangunan kedai lapan lot yang akan bermula Julai depan. 

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, pembinaan insfrastruktur oleh Perkasa Realty Sdn Bhd itu adalah usaha beliau semasa menjadi pengerusi subsidiari Sedco itu sebelum ini.

“Sebanyak RM3.5 juta diperuntukkan untuk bangunan kedai ini yang akan dibina di atas satu tanah wakaf penduduk berkeluasan dua ekar di Kampung Padas Damit berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Padas Damit.

“Pembinaannya akan mengambil masa 18 bulan dan dijangka siap sepenuhnya awal 2026,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Perkasa Realty Sdn Bhd dan wakil penduduk, di sini, Selasa.

Perkasa Realty Sdn Bhd diwakili Pengurus Besarnya, Mat Saidi Minting manakala wakil penduduk diketuai waris pemilik tanah wakaf untuk pembinaan bangunan kedai tersebut.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun dan Pegawai Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan, Diuslin Augustin.

Ruslan yang juga Adun Lumadan berkata, pembinaan sama juga akan dilaksanakan di Pekan Weston membabitkan bangunan kedai 12 lot membabitkan kos RM4.5 juta.

Katanya, insfrastruktur itu akan dibina sebaik projek bangunan kedai di Padas Damit siap, sekaligus turut memberi impak ekonomi kepada masyarakat di Weston.

“Pembinaan bangunan kedai di Padas Damit ini sebenarnya memenuhi segala perancangan saya untuk membangunkan lagi kawasan Dun Lumadan di bawah agenda ‘Lumadan Sejahtera’.

“Ia penting memandangkan kawasan Dun Lumadan masih jauh ketinggalan dalam pelbagai serba serbi pembangunan berbanding Dun lainnya di Sabah.

“Justeru sebaik siap, bangunan kedai ini sudah tentu akan membuka peluang ekonomi kepada masyarakat setempat khususnya golongan peniaga kecil dan sederhana untuk mempunyai premis perniagaan sendiri,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here