TAWAU: Seorang ustaz di sebuah sekolah rendah di daerah ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tiga tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas tiga murid perempuan pada tahun lepas.
Sanyzam Dabal, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan (RM45,000 untuk tiga pertuduhan) dan menetapkan tarikh 6 Mac depan untuk pengurusan dan sebutan semula kes.