BEAUFORT: SK St. Joseph Papar menjadi johan Kejohanan Bola Baling Terbuka Beaufort Bawah 9 Tahun 2024.
Pasukan Pocket Rocket Sipitang menduduki tempat kedua, SK Pekan Beaufort di tempat ketiga manakala SK Pintas Beaufort di tempat keempat bagi kategori lelaki berlangsung di SJKC Kung Ming Beaufort pada 23 dan 24 Jan.
Kategori perempuan dimenangi pasukan SJKC Kung Ming A Beaufort, pasukan SK Pekan Beaufort tempat kedua, ketiga pasukan SK Pekan Menumbok dan pasukan Lupak Falcon A Beaufort di tempat keempat.
Juara lelaki dan perempuan menerima piala, medal dan sijil sementara naib juara, ketiga dan kempat bagi kedua-dua kategori juga menerima piala, medal dan sijil.
Gavin Wylmer Wilfred dianugerah pemain terbaik dan Mohammad Niyaz Fauzi dianugerahkan penjaring terbanyak bagi kategori lelaki kedua-duanya dari SK St.
Josepah Papar manakala bagi kategori perempuan, Jessica Nyam Seen Yeen dari SJKC Kung Ming A Beaufort dianugerahkan pemain terbaik dan penjaring terbanyak.
Kejohanan tersebut anjuran bersama SJKC Kung Ming Beaufort dan Persatuan Bola Baling Negeri Sabah (Sabha) dengan kerjsama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah disertai 28 pasukan iaitu 16 pasukan lelaki dan 12 pasukan perempuan dari sekolah-sekolah daerah Beaufort (L6P7), Papar (L5P2), Sipitang (L3P2) dan Kuala Penyu/Menumbok (L2P1).