Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Climbathon antarabangsa promosi Gunung Trusmadi
Published on: Saturday, February 03, 2024
Published on: Sat, Feb 03, 2024
Text Size:
Text:
Climbathon antarabangsa promosi Gunung Trusmadi
LIEW (lima dari kiri) diapit oleh Lai (di sebelah kanannya) dan Lian Awa, mempamerkan baju-T untuk acara itu. Ketiga dari kiri ialah Sobitun.
Kota Kinabalu: Sabah akan menjadi tuan rumah Mount Trusmadi International Climbathon 2024, acara pendakian antarabangsa pertamanya di Tambunan yang dijadualkan berlangsung 25 Mei tahun ini.

Dianjurkan bersama Kelab Larian Velocity, Jabatan Perhutanan Sabah dan Pejabat Daerah Tambunan, pendakian itu mensasarkan untuk menarik kira-kira 500 peserta dari Malaysia dan negara luar.

Advertisement
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berikrar menyokong penuh acara julung kali itu, dengan berkata Kementeriannya akan menghulurkan bantuan diperlukan untuk memastikan kejayaan acara ini.

“Sudah tiba masanya untuk mempromosikan Gunung Trusmadi sebagai gunung kedua tertinggi di Malaysia, dan keindahan alam semula jadi di kawasan itu, sama ada di peringkat tempatan mahupun di arena antarabangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya memuji pihak penganjur kerana mengambil inisiatif mengadakan acara antarabangsa ini yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi produk eko-pelancongan baharu.

“Selain acara climbathon antarabangsa ini, mereka yang meminati aktiviti pendakian juga digalakkan mendaki gunung ini sebagai aktiviti kesihatan untuk kecergasan,” katanya semasa kunjungan hormat delegasi penganjur pada Rabu.

Advertisement
Sebagai permulaan, Liew dijemput untuk melancarkan acara itu pada 6 Februari di Pusat Sejadi Hutan Lipur Kawang di Papar.

Tambah Liew, pendakian itu akan meningkatkan kesedaran tentang gunung itu yang kurang dikenali berbanding Gunung Kinabalu.

Advertisement
Gunung Trusmadi yang berdiri pada ketinggian 2,642 meter dikurniakan flora dan fauna yang unik.

Timbalan Ketua Konservator Hutan (Operasi) Musa Salleh dari ibu pejabat jabatan itu di Sandakan, dan Presiden Running Club Velocity Andrew Lian Awa, yang juga Pengarah Perlumbaan, memberi taklimat kepada Liew mengenai pendakian itu.

Pendakian yang akan bermula di Kupu-Kupu Gate di Hutan Simpan Nuluhon Gunung Trusmadi menawarkan dua kategori – laluan 30km untuk pendaki antarabangsa dan laluan 21km untuk penduduk tempatan terbuka kepada lelaki dan wanita. Jumlah hadiah wang tunai RM29,600 disediakan untuk dimenangi.

Menurut Musa dan Andrew, Mount Trusmadi International Climbathon itu bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan keazaman peserta tetapi juga peluang untuk merasai alam belantara bersih dan landskap menakjubkan yang ditawarkan oleh gunung itu dan sekitarnya.

“Ia akan menjadi pertandingan yang menarik dan sukar, memandangkan laluan denainya yang mencabar,” kata mereka.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Josie Lai dan Pegawai Daerah Tambunan Sobitun Makajil.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here