Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tertuduh tidak ingat apa yang berlaku: Pembunuhan pemandu Grab di Tuaran
Published on: Saturday, February 03, 2024
Published on: Sat, Feb 03, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Tertuduh tidak ingat apa yang berlaku: Pembunuhan pemandu Grab di Tuaran
ARSIT (kiri) ketika dibawa keluar dari bilik bicara.
Kota Kinabalu: Seorang rakyat Filipina tanpa dokumen berusia 24 tahun yang didakwa membunuh pemandu Grab di Tuaran, empat tahun lalu menafikan penglibatannya dalam pembunuhan gemulah.

Arsit Indanan dalam pembelaannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Leonard David Shim pada Jumaat berkata dia tidak terlibat dalam pembunuhan Mohammad Hanafiee Jaffar.

Advertisement
Arsit didakwa membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam kereta Proton Saga FLX antara jam 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei, 2019 di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.

Pada mulanya, Arsit didakwa bersama seorang lelaki tempatan Amru Al Asy Japri melakukan jenayah itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan tetapi Amru pada 31 Jan, 2023 dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan itu dan menjadi saksi pendakwaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Memberi keterangan lanjut Arsit berkata dia tidak tahu kenapa polis menahannya dan dia tidak tahu dia didakwa membunuh pemandu Grab itu yang membawa mereka ke Tuaran.

Arsit berkata pada 25 Mei, 2019, bersama rakannya Amru, dia menaiki kereta e-hailing itu ke Tuaran dari Kingfisher kerana mereka ingin ke rumah Amru.

Advertisement
Katanya, mereka menempah kereta dengan aplikasi Grab menggunakan telefon bimbitnya.

Menjawab beberapa soalan peguam dilantik Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman, yang mewakilinya, mengenai perjalanan mereka ke Tuaran, Arsit berkata dia tidak ingat apa yang berlaku ketika mereka tiba di Tuaran dan tidak ingat masa mereka pergi ke sana dan waktu ketibaan mereka.

Advertisement
Arsit berkata mereka tiba di Kg Marabahai di Tuaran tetapi dia tidak ingat apa yang berlaku ketika mereka tiba di sana tetapi dia nampak Amru, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, keluar dari kereta manakala dia kekal duduk di tempat duduk penumpang belakang di belakang tempat duduk pemandu.

Kataya lagi, dia tidak ingat apa yang Amru lakukan semasa dia keluar dari kereta dan dia tidak melakukan apa-apa ketika itu kerana dia sedang tidur dan dia tidak melakukan apa-apa kepada pemandu terbabit.

Yang dia tahu, Amru tidak bergaduh dengan pemandu Grab itu, kata Arsit.

Kepada satu soalan, Arsit berkata dia tidak melihat pemandu Grab itu dibunuh selepas dia bangun dari tidur dan dia hanya melihat pemandu itu duduk di tempat duduk penumpang hadapan dan dia tidak tahu sama ada pemandu itu masih hidup atau sudah mati.

Dia berkata dia tidak ingat apa-apa selepas menempah Grab berkenaan pada 25 Mei, 2019.

Kepada beberapa soalan lain, Arsit berkata dia tidak bercakap dengan pemandu Grab itu, dia tidak ingat siapa yang memandu kereta itu selepas melihat pemandu di tempat duduk penumpang hadapan, tidak ingat sama ada dia turun di Kg Marabahai.

Arsit mengaku dia mabuk pada malam 25 Mei, 2019 kerana minum arak di OneBorneo sebelum menaiki Grab.

“Perkara terakhir yang saya ingat ialah berjalan di luar. Kami melepak di tepi pantai di Teluk Likas. Saya bersama Amru. 

“Saya tidak ingat tarikh kami melepak di pantai,” kata Arsit sambil menambah, Amru tidak memberitahunya perkara itu bahawa dia (Arsit) membunuh pemandu Grab itu.

Arsit berkata, dia masih ingat polis menunjukkan kepadanya senjata yang digunakan untuk membunuh pemandu Grab terbabit.

Menjawab soalan lain, Arsit berkata dia tidak tahu pemandu Grab yang membawanya ke Tuaran telah meninggal dunia dan dia tidak ingat dia dan Amru membuang mayat pemandu itu di pantai Tuaran.

Sementara itu, kepada cadangan pendakwaan semasa pemeriksaan balas bahawa dia sebenarnya tidak tidur sepanjang perjalanan dari Kingfisher ke Kg Marabahai, Tuaran, Arsit menjawab dia tidur.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Mohd Ari, tertuduh berkata dia terus tidur selepas menaiki kereta dan tidak ingat lokasi dia terjaga daripada tidur.

Mahkamah kemudian mengarahkan pihak-pihak itu memfailkan dan menukar hujahan bertulis mereka pada 21 Feb selepas pihak pembelaan menutup kesnya.

Leonard juga memerintahkan sebarang hujahan balasa jika ada untuk difailkan selewat-lewatnya pada 28 Feb dan menetapkan 19 Mac untuk penjelasan penyerahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rozanna Abdul Hadi dan Siti Hajar Mazlan mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here