KENINGAU: Seorang wanita tempatan maut selepas disyaki disimbah petrol dan dibakar oleh suaminya di rumah mereka di Kampung Tinagalan, Sook, di sini, pada Sabtu.
Polis berkata mereka menerima makluman daripada Hospital Keningau bahawa mangsa yang kenali sebagai Sansiah Binti Tinggian, 41 tahun, telah disahkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang juga suami mangsa telah minum tapai sejak 2 Februari di rumah mereka.