Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bot ditahan cuba bawa masuk barang seludup
Published on: Wednesday, February 07, 2024
Published on: Wed, Feb 07, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bot ditahan cuba bawa masuk barang seludup
Juragan bot tempatan ditahan Maritim Zon Tawau kerana dipercayai cuba menyeludup masuk pelbagai barangan dari negara jiran.
TAWAU: Sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan pelbagai barangan disyaki diseludup dari negara jiran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau di Kuala Sungai Tawau sekitar jam 2.45 pagi, pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot kargo dijuragani lelaki tempatan, 35, tersebut dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dari sempadan perairan negara menuju ke arah muara Sungai Tawau semasa Ops Pluto Timur 2/13 dan Ops Tiris di sekitar perairan daerah ini.

Advertisement
Menurutnya, penggeledahan ke atas bot kargo tersebut menemukan pelbagai barangan yang dipercayai diseludup dari negara jiran antaranya lapan kotak gula merah, empat guni buah keras, empat guni lada putih, dua guni kacang gajus, 720 peket perasa makanan, 312 pek keju, 12 guni beras pulut, dan empat guni biji gandum.

“Kesemua jenis barangan serta jenama itu dipercayai berasal dari negara Indonesia dan tekong bot gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit yang sah berkaitan muatan yang dibawanya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Shahrizan berkata, suspek ditahan bersama bot dan muatan kemudiannya diiring ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kesemua barangan termasuk bot kargo,enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM58,000.

Advertisement
Katanya, kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here