TAWAU: Seorang wanita dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku salah sengaja menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkannya di tandas Hospital Tawau tahun lepas.
Mazidah Minggo, 24, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Rosli Ahmad berikutan pengakuannya bahawa dia melakukan perbuatan itu di tandas awam perempuan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tawau, sekitar jam 7.10 pagi pada 13 Oktober 2023.
Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukumannya bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 19 Oktober 2023.