TAWAU: Anak lelaki kepada seorang pemimpin sebuah parti politik di Semporna didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan lima tahun lepas.
Mohd Nadzmi Abdul Manan, 25, yang juga pemilik ladang kelapa sawit, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pelajar perempuan tersebut, 17, di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner di kawasan tepi jalan di Jalan Pokas-Kuala Bebang, Semporna, sekitar jam 2.30 petang pada 13 Disember 2023.