Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Sumbangan van jenazah mudahkan urusan PDRM’
Published on: Wednesday, February 14, 2024
Published on: Wed, Feb 14, 2024
By: Agust Dean
Text Size:
Text:
‘Sumbangan van jenazah mudahkan urusan PDRM’
JAUTEH (ketiga kanan) menerima kunci replika daripada Arifin sebagai simbolik penyerahan van jenazah kepada PDRM Sabah, baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Isu kekurangan van jenazah yang dihadapi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akhirnya selesai menerusi sumbangan dua van jenazah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, van jenazah yang disumbangkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu akan digunakan di seluruh Sabah bagi memudahkan urusan pengendalian jenazah.

Advertisement
Beliau berkata, memandangkan bukan semua anggota PDRM beragama Islam maka, beliau berharap kerajaan negeri dapat menyumbangkan satu lagi van untuk kegunaan pegawai dan anggota yang beragama Islam.

“Kita khuatir akan timbul isu sekiranya van jenazah sedia ada kita gunakan untuk memindahkan tubuh dari satu ke tempat yang lain atau masuk ke kawasan gereja dan masuk ke tanah perkuburan bukan Islam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Andai kata ada lagi van yang tidak bertulisan (jawi) yang boleh disumbangkan, kita amat mengalu-alukan dan harapkan,” katanya semasa majlis penyerahan van jenazah kepada PDRM Kontinjen Sabah, baru-baru ini.

Beliau berkata, PDRM turut menghargai sumbangan kewangan daripada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Muis) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada Masjid Nur Islam Kariah PDRM Sabah.

Advertisement
Katanya, sumbangan tambahan RM30,000 yang diberikan akan digunakan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kehormonian.

Jauteh turut memohon sumbangan bagi membina dewan terbuka bagi memudahkan penganjuran program di pekarangan masjid tersebut.

Advertisement
Jelasnya, sekiranya ada dewan terbuka, mereka tidak perlu lagi membuka khemah bagi penganjuran sebarang program atau aktiviti.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, cadangan dan permohonan yang dikemukakan akan cuba dibawa kepada pengetahuan Ketua Menteri.

Beliau juga mahu pengarah Jheains mengambil maklum tentang cadangan membina astaka terbuka di pekarangan masjid tersebut, jika boleh tahun ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here