Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pasukan Polis Marin Semporna tahan dua lelaki cuba seludup diesel
Published on: Thursday, February 15, 2024
Published on: Thu, Feb 15, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Pasukan Polis Marin Semporna tahan dua lelaki cuba seludup diesel
Jerikan berisi diesel dan enjin bot yang dirampas APMM di Kg Simunul (kiri). DUA suspek bersama beras yang dirampas pada operasi di Laut Mataking.
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki dan merampas 12 gelen diesel, dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran, di perairan Kampung Simunul, di sini, pada Isnin.

Pasukan PPM sedang melakukan rondaan semasa Ops Taring Gelora di kawasan berkenaan apabila ternampak sebuah bot yang mencurigakan.

Advertisement
Pasukan itu kemudiannya menangkap dan memeriksa bot tersebut. Hasil pemeriksaan menemui 12 jerikan berisi 30 liter diesel setiap satu di dalam bot.

Pasukan itu menahan tekong bot berusia 28 tahun dan lelaki berusia 18 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Ahmad Ariffin berkata tangkapan dan rampasan itu dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, kesemua rampasan bernilai RM16,474 termasuk bot dan enjinnya akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Sementara itu, PPM pada Selasa menahan dua lelaki dan merampas 30 bungkus beras dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran dekat laut Mataking.

Difahamkan, satu pasukan PPM sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 7.40 pagi apabila ternampak sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan.

Advertisement
Pasukan itu kemudiannya menahan dan memeriksa bot terbabit yang membawa kepada penemuan 30 bungkus beras berisi 10kg beras setiap satu.

Pemeriksaan lanjut mendapati juragan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ahmad Ariffin berkata kedua-dua suspek berusia 35 dan 52 tahun serta rampasan yang dianggarkan bernilai RM7,240 termasuk bot dibawa ke jeti PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Ahmad Ariffin berkata, kes itu akan dirujuk kepada Kawal Selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan.

Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here