BELURAN: Klinik Kesihatan Tangkarason, disini, musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi.
Jabatan bomba berkata mereka menerima panggilan berkenaan kejadian kira-kira jam 1.08 pagi dan segera ke lokasi sejauh 215km dari balai bomba.
Klinik beserta kuarters pekerja jenis tidak kekal berkeluasan 60 x 30 kaki persegi telah terbakar sepenuhnya semasa pasukan bomba tiba di lokasi.