Kota Kinabalu: Seorang lelaki ditahan polis selepas melakukan jenayah samun dan curi dalam tempoh enam jam di Jalan Gaya di sini pada Khamis.
Suspek berusia 18 tahun itu berjaya ditahan kira-kira jam 7 malam susulan satu kejadian curi telefon bimbit berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Gaya, kata polis.
Suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengajar mencederakan orang untuk melakukan samun dan Seksyen 379 kanun sama kerana mencuri.