BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu di kawasan Terminal Feri Menumbok di sini pada Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suspek berusia 48 tahun ditahan bersama syabu bernilai RM5,000 sebelum sempat menaiki feri ke Labuan.
Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintenden Ismail Abdullah berkata, tangkapan berjaya dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Beaufort.