Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jonathan tambah koleksi emas negara di Dubai
Published on: Saturday, February 17, 2024
Published on: Sat, Feb 17, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jonathan tambah koleksi emas negara di Dubai
Jonathan (kedua kanan) bergambar dengan pingat emasnya dan pemenang pingat yang lain. – Gambar FB Majlis Sukan Negara
Kuala Lumpur: Malaysia menutup kempen Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menambah satu lagi koleksi pingat emas acara lompat jauh lelaki T11/T12 (kecacatan penglihatan), pada Khamis.

Atlet Sabah Jonathan Wong Kar Gee mengungguli acara itu dengan melakukan lompatan sejauh 6.80 meter (m), mengatasi pencabarnya Chen Shichang dari China yang mencatatkan 6.39m untuk pingat perak manakala atlet Rusia, Maksim Shavrikov meraih gangsa dengan 6.08m.

Advertisement
Kontinjen negara turut mengutip pingat perak acara lontar peluru wanita F11/F12/F20 (kecacatan penglihatan) selepas melakukan lontaran sejauh 10.66m.

Atlet Mauritius, Brigila Clair memenangi pingat emas dengan 11.70m manakala gangsa milik wakil Kazakhstan, Gulbakhyt Kaiyrzhanova (6.84m).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mohammad Zikri Zakaria pula menyumbang pingat gangsa acara lontar peluruh F54/F55 selepas merekodkan 9.69m.

Wakil iran Hamed Amiri unggul dengan lontaran sejauh 12.43m untuk memenangi pingat emas, diikuti Olokhan Musayev dari Azerbaijan dengan 10.92m untuk perak.

Advertisement
Keseluruhannya, Malaysia membawa pulang lapan pingat terdiri daripada empat emas, dua perak dan dua gangsa pada kejohanan yang bermula Selasa lepas. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here