Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki buat laporan polis palsu kena 2 hari, denda
Published on: Saturday, February 17, 2024
Published on: Sat, Feb 17, 2024
By: Crystal E Hermenegildus
Text Size:
Text:
Lelaki buat laporan polis palsu kena 2 hari, denda
Abdul Jalil didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 54 tahun dipenjara dua hari dan didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret, Jumaat, kerana memberi kenyataan palsu kepada polis dengan mendakwa keretanya dicuri lima tahun lalu.

Abdul Jalil Bongkol mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali kerana memberi keterangan palsu kepada pegawai polis di sebuah balai polis, di sini, pada 15 Mei, 2019.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa Abdul membuat laporan polis mengenai keretanya hilang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan polis mendapati Abdul telah menjual kereta itu kepada orang lain melalui ejen, menjadikan laporannya palsu.

Tidak diwakili, Abdul meminta hukuman ringan kerana ketika ini kereta itu telah ditarik balik.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Batrisya Mohd Khusri memohon hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan itu menyebabkan polis terpaksa bertindak dan menyiasat berdasarkan aduan pengadu. 

“Hukuman itu boleh dijadikan pengajaran kepada Abdul dan tidak mengulangi kesilapan itu,” kata Batrisya.

Advertisement
Di mahkamah berasingan, seorang pengurus premis hiburan berusia 32 tahun didenda RM1,500 atau sebulan penjara kerana menjalankan pusat hiburan tanpa lesen, tahun lepas.

Leong Ka Sheng mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan melakukan kesalahan itu pada 29 Dis, 2023 di Pusat Komersial Pintas Avenue, Penampang pukul 2.19 pagi.

Leong didakwa di bawah Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Suzie S.K. memberitahu mahkamah pasukan polis, yang menyerbu premis itu, mendapati ia beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

Tidak diwakili, Leong merayu hukuman ringan manakala Suzie memohon hukuman setimpal. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here