Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
300 penduduk terima manfaat loji mini air graviti
Published on: Sunday, February 18, 2024
Published on: Sun, Feb 18, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
300 penduduk terima manfaat loji mini air graviti
JONNYBONE membuka air paip dari bekalan mini loji berkenaan.
TELUPID: Penantian penduduk di Kg Bukit Mengidam, Mukim Sapi, di sini untuk menerima bekalan air bersih sejak sekian lama, berakhir apabila loji mini air graviti bagi kampung itu siap.

Ia bakal memberi manfaat kepada lebih 300 penduduk melibatkan kira-kira 45 isi rumah.

Advertisement
Projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ini mula dibina pada Mei 2023 dan siap sepenuhnya Ogos 2023 dengan kapasiti 16,000 liter air sehari.

Adun Telupid, Datuk Jonnybone J.Kurum berkata ia hasrat beliau selaku wakil rakyat kawasan agar penduduk dapat menerima bekalan air bersih yang diperlukan selama ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya bersyukur kerajaan memberi perhatian sewajarnya dalam hal ini, memandangkan kawasan ini jauh dari loji rawatan air, loji mini ini banyak bermanfaat kepada penduduk di sini,” katanya, sejurus merasmikan Projek Bekalan Air Graviti di kampung itu, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Bukit Mengidam, Petrus Tadon, mewakili penduduk merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan dan wakil rakyat kawasan ini atas pembinaan loji mini ini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here