Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
‘Kendalikan pengurusan zakat secara betul, elak kepincangan’
Published on: Sunday, February 18, 2024
Published on: Sun, Feb 18, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Kendalikan pengurusan zakat secara betul, elak kepincangan’
Gambar sekadar ilustrasi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengurusan zakat, jika tidak dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan kesenjangan juga kepincangan dalam aspek pembahagian bantuan, kepada kumpulan sasaran.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook dan X hari ini, Perdana Menteri memaklumkan beliau telah menyinggung perkara tersebut sewaktu berucap pada Karnival MAIWP 2024, yang juga merupakan salah satu acara sambutan 50 tahun penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini.

Advertisement
“Hatta, pengurusan zakat perlu senantiasa berada di tahap baik dan cemerlang, sementelahan mengelakkan berlakunya pengagihan tidak setara sehingga ada keluarga yang langsung tidak mendapatnya.

“Begitu juga soal kemiskinan tegar, dana pendidikan dan kesihatan, di mana perkara ini juga harus ditangani dengan cemerlang dan jayanya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu Anwar merasmikan Karnival MAIWP 2024 yang berlangsung hari ini di Taman Tasik Titiwangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here