Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Kembali jadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup’
Published on: Monday, February 19, 2024
Published on: Mon, Feb 19, 2024
By: Johan Aziz
Text Size:
Text:
‘Kembali jadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup’
YAZID (tiga kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama kategori lelaki, Mohd Nur. Turut kelihatan Easter (tiga kiri) dan ahli jawatankuasa penganjur yang lain.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin menyeru umat Islam memperkukuh ukhuwah dengan membina perpaduan dan meningkatkan pencapaian agar terus menjadi insan terbilang.

Beliau berkata, ini selaras dengan tema Majlis Tilawah Al-Quran tahun ini iaitu “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” di mana umat Islam harus mampu mengharungi arus pemodenan dan globalisasi dengan semangat ingin bersatu memupuk ilmu dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang bermakna di dunia dan di akhirat.

Advertisement
“Kita perlu sedar bahawa segala kelebihan yang ada pada Islam dan umatnya akan terus disembunyikan sekiranya umat Islam masih bergaduh sesama sendiri dan mengabaikan ajarannya.

“Umat Islam perlu mengambil iktibar daripada peristiwa lampau dan kembali menggunakan al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai panduan dan pedoman hidup agar benar-benar menjadi umat yang hebat dan beriman,” katanya semasa merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Bahagian Pedalaman Atas di sini pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh wakilnya, Ketua Biro Hal Ehwal Islam Dun Bingkor, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Robert berkata, untuk menjadi muslim yang terbaik memerlukan bimbingan yang baik sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad yang bukan sahaja membawa risalah Islam, malah menjadi contoh teladan kepada semua umat untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu membangun khaira ummah.

Advertisement
“Malah, kita juga dikurniakan akal dan hati agar kita mempunyai kekuatan, ilmu dan nilai untuk menyediakan jalan terbaik untuk usaha.

“Dengan kata lain, umat Islam perlu bersikap positif, proaktif dan kreatif untuk maju dan berkembang berteraskan ilmu dan kemahiran dalam acuan yang diredhai Allah.

Advertisement
“Justeru, umat Islam perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kemahiran dan maklumat semasa agar mampu bergerak seiring dengan tuntutan zaman,” katanya.

Robert berkata, ini penting kerana amat perit berdepan realiti yang dihadapi umat Islam hari ini apabila tahap toleransi tertinggi dalam tamadun dunia telah disambut dengan sinis dan sanggahan nakal yang menguji kesabaran umat Islam.

Ketika ini, katanya, sudah tiba masanya umat Islam membersihkan lumpur yang diselaputi kebijaksanaan dan keazaman untuk membina kekuatan secara drastik dalam pelbagai bidang sehingga mampu menjadi bangsa yang bertamadun tinggi dan terbaik.

“Dalam kerangka ini, sikap malas, membuang masa dan ketakutan terhadap persaingan perlu dibuang dan digantikan dengan nilai-nilai positif yang boleh membentuk jati diri mukmin sejati.

“Kita semua perlu kembali kepada asas ajaran Islam dalam membina kekuatan diri ke arah membangunkan umat Islam yang berdaya saing, mapan dan berjaya,” katanya.

Tanpa menghayati ajaran Islam yang sebenar, katanya, umat Islam tidak akan dapat menjadi suri teladan, malah akan terus dihina dan diperlekehkan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor itu, sejarah telah membuktikan bahawa keagungan tamadun Islam yang dahulunya hebat dan unggul, akhirnya jatuh kerana sebahagian penganutnya tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

“Hanya melalui pengamalan ajaran Islam yang sebenar akan terserlah keindahan, kehebatan dan kecemerlangan syariah sekali gus membawa umat Islam ke status maju, dinamik dan terbaik,” katanya.

Mohd Nur Aliff Radani dari Keningau muncul juara kategori lelaki dalam Tilawah Al-Quran peringkat Pedalaman Atas. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Muhammad Iman Izzuddin Jamaludin dari Tenom dan Abdul Karim Ampakot dari Nabawan manakala juara kategori wanita disandang Nadirah Syazwani Sapari dari Keningau. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Salimah Haji Jubal dari Sook dan Siti Shaihrah Arbainah Rahman dari Tenom.

Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi penganjur dan Penolong Pegawai Daerah, Easter Michael Sutili @ Nurafizah, pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheins) dari Pedalaman Atas serta pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here