Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pegawai Tadbir Diplomatik salah guna jawatan untuk dapatkan suapan didenda RM15,000
Published on: Tuesday, February 20, 2024
Published on: Tue, Feb 20, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
 Pegawai Tadbir Diplomatik salah guna jawatan untuk dapatkan suapan didenda RM15,000
Mohaidy (kiri) meninggalkan bilik mahkamah selepas prosiding.
TAWAU: Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) didenda RM15,000 atau lima bulan penjara di Mahkamah Khas Sesyen Rasuah, di sini pada Isnin kerana menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan suapan, lima tahun lalu.

Mohaidy Tabin, 45, yang bertugas di Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengaku salah di hadapan Hakim Jason Juga terhadap pertuduhan alternatif ditawarkan kepadanya oleh pendakwaan.

Advertisement
Pertuduhan menyatakan Mohaidy sebagai Ketua Cawangan dan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga di Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau, dituduh menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan dengan memilih isterinya, Faizah Noor Fauzi, 42, sebagai penyebut harga berjaya dalam Sebut Harga kenderaan Toyota Fortuner 2.7V nombor pendaftaran WSA 4897 bernilai RM15,000.

Mohaidy didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Tawau pada 18 Oktober, 2018.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan di bawah Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Safrin Salleh, yang mewakili Mohaidy memohon hukuman ringan kerana anak guamnya masih perlu menanggung orang tuanya dan anak-anaknya juga masih bersekolah.

Advertisement
Mohaidy merupakan penjawat awam yang setia sejak 2001 serta memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang siasatan kesnya dijalankan, kata Safrin.

Pegawai Pendakwa SPRM, Rekraj Singh memohon hukuman pencegahan sebagai pengajaran.

Advertisement
“Pendakwaan tidak menafikan tertuduh memberikan kerjasama dengan SPRM, namun, dalam kes ini, tertuduh sebagai Ketua Cawangan seharusnya menunjukkan teladan dan integriti dalam menjalankan tugas,” kata Rekraj.

Tambahnya, meskipun Mohaidy hanya berdepan satu pertuduhan, mahkamah perlu mengambil kira keseriusan kes, apatah lagi kes salah guna kuasa merupakan isu semasa.

“Kes-kes salahguna kuasa ini akan menimbulkan persepsi kurang keyakinan orang awam terhadap penjawat awam,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here