Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
JKKK, ketua kampung digesa utamakan integriti
Published on: Wednesday, February 21, 2024
Published on: Wed, Feb 21, 2024
Text Size:
Text:
JKKK, ketua kampung digesa utamakan integriti
HENDRUS bersama JKKK dan Ketua Kampung DUN Tandek.
Kota Kinabalu: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung perlu sentiasa mengutamakan integriti dalam perkhidmatan mereka, kata Adun Tandek Hendrus Anding.

“Integriti dalam perkhidmatan perlu ditingkatkan. Ia merangkumi banyak aspek kerana skop tugas JKKK dan Ketua Kampung sangat luas, serta menuntut tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas dan fungsi jawatan.

Advertisement
“Permudahkan urusan rakyat dan jangan pilih buluh sebab itu tanggungjawab anda. Bekerja dengan lebih profesional dan sentiasa bersama komuniti dalam mensejahterakan kampung masing-masing,” katanya.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah itu berkata demikian kepada JKKK dan Ketua Kampung bagi DUN Tandek dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Dewan Terbuka Pekan Tandek, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut menggesa JKKK dan Ketua Kampung agar terus memberi sokongan kepada kerajaan sebagai pemimpin akar umbi  yang dilantik menjadi tulang belakang kerajaan hari ini.

Beliau berkata, sasaran telah ditetapkan untuk tahun ini dan seterusnya bagi merancakkan sektor pertanian di Tandek, dan Kota Marudu umumnya.

Advertisement
“Pertama, penanaman padi. Beberapa kawasan dan blok telah dikenal pasti bagi merancakkan penanaman dan pengeluaran padi bagi menyahut Dasar Makanan Negara atau Keterjaminan Makanan. 

“Melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, saya akan berusaha mempromosikan Kota Marudu sebagai pengeluar padi, seterusnya memberi impak kepada pendapatan rakyat,” katanya.

Advertisement
Jelasnya, antara kawasan yang dikenal pasti ialah jajaran Tandek dari Tingkalanon, Morion hingga ke Mangkalua.

“Melalui kerjasama, Sawit Kinabalu akan membantu menyelenggara dan membuka semula kawasan sawah padi termasuk saliran air, jalan pertanian dan jambatan-jambatan untuk laluan jentera. 

“Selain itu, bagi kawasan Sumbilingon, Kokobuan, Taiwan dan sekitarnya kita akan majukan bersama pihak Lembaga Kemajuan Tanah Sabah dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi.”

Selanjutnya, beliau berkata sektor penternakan ayam penelur dan ayam daging menjadi sasaran dalam usaha mengurangkan kebergantungan import. 

“Ini memerlukan komitmen dan sokongan daripada semua pihak bagi menceburi bidang penternakan ini.”

Sehubungan itu, Hendrus juga menyeru rakyat, khususnya di Tandek dan Kota Marudu, menceburi bidang penanaman jagung yang mempunyai permintaan tinggi dalam sektor penternakan. 

Ini kerana, katanya, kedua-dua elemen itu iaitu penternakan ayam dan penanaman jagung mempengaruhi harga ayam di pasaran.

“Melalui tiga perkara di atas, ia sudah tentu akan menjana pendapatan dan mampu meningkatkan ekonomi semua ketua isi rumah. 

“Ia juga membantu kerajaan mengurangkan rekod e-Kasih, yang menjadi data kepada pelaporan status kadar kemiskinan, agar Kota Marudu keluar daripada status daerah termiskin di Malaysia,” katanya.

Hendrus mengulangi gesaannya agar JKKK dan Ketua Kampung membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan bilangan dan memutihkan penerima e-Kasih. 

“Kongsikan sasaran ini agar dapat sama-sama memperkasakan sektor pertanian dan memacu ekonomi rakyat.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here