Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pasukan Polis Marin rampas petrol seludup
Published on: Thursday, February 22, 2024
Published on: Thu, Feb 22, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Pasukan Polis Marin rampas petrol seludup
GELEN berisi petrol dan enjin bot dirampas PPM.
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini merampas sebuah bot bersama minyak petrol, yang dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran, di perairan Kampung Air pada Isnin.

Pasukan PPM ​​sedang melakukan rondaan semasa Ops Taring Gelora di kawasan berkenaan apabila ternampak beberapa individu sedang memuatkan gelen dipercayai mengandungi petrol ke dalam bot dari jeti Kampung Air.

Advertisement
Bagaimanapun, apabila pasukan itu menghampiri bot, individu tersebut melarikan diri ke arah kampung.

Pasukan itu memeriksa bot tersebut dan menemui 16 gelen mengandungi 30 liter petrol setiap satu dan satu lagi jeri tin mengandungi 10 liter petrol digunakan untuk enjin di dalam bot.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Ahmad Ariffin berkata rampasan telah dibawa ke pangkalan PPM ​​Semporna kerana tiada sesiapa datang untuk menuntut barangan tersebut.

Katanya, kesemua barang kawalan itu dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran dan kesalahan itu di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Advertisement
Ahmad berkata, kesemua rampasan bernilai RM6,204.50 termasuk bot dan enjinnya.

“Kes akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) untuk tindakan lanjut,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here