Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lebih tegas tangani penyeludupan diesel
Published on: Friday, February 23, 2024
Published on: Fri, Feb 23, 2024
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Lebih tegas tangani penyeludupan diesel
Armizan berkata ia menbabitkan rampasan diesel bersubsidi bernilai RM4.76 juta, petrol RON95 (RM90,611), gas petroleum cecair (RM154,189), minyak masak (RM107,759) dan gula RM35,736.
Kota Kinabalu: Tindakan tegas ke atas penyeludup diesel di Sabah dan Sarawak akan ditingkatkan tahun ini ekoran kedua-dua negeri itu dikecualikan daripada sistem kawalan diesel bersubsidi 2.0 yang dilaksanakan di semenanjung baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali percaya perubahan dasar kepada mekanisme yang menghubungkan pelbagai agensi penguatkuasaan akan menghalang lebih banyak ketirisan.

Advertisement
Kajian Majlis Perniagaan EU-Asean baru-baru ini mendapati petroleum merupakan komoditi yang paling banyak didagangkan secara haram di Malaysia, dengan tiga juta liter kerugian sehari, bernilai dianggarkan RM4.5 juta.

“Terdapat juga kes membabitkan penyerahan barang rampasan atau tangkapan di antara agensi penguatkuasaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jika SOP tidak dikemas kini, maka kebanyakan kes akan terus berakhir tanpa tindakan lanjut (NFA).

“Satu cadangan adalah untuk mempercepatkan pengeluaran kompaun berat kepada pesalah sebagai pencegahan.

Advertisement
“Penambahbaikan juga membolehkan kami menggantung lesen perniagaan mereka yang terlibat, bagi menghantar mesej kepada mereka,” katanya selepas merasmikan bengkel penyelarasan ketirisan antara agensi, di sini, Khamis.

Beliau berkata, penambahbaikan itu juga akan menangani isu penyimpanan barangan yang disita oleh agensi berbeza serta rangkaian maklumat dan aspek keselamatan semasa operasi.

Advertisement
Sementara itu, lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diseleweng dan diseludup dirampas dalam “Ops Tiris 3.0” dari 1 Jan hingga 15 Feb.

Armizan berkata ia menbabitkan rampasan diesel bersubsidi bernilai RM4.76 juta, petrol RON95 (RM90,611), gas petroleum cecair (RM154,189), minyak masak (RM107,759) dan gula RM35,736.

Di Sabah, sebanyak 221 pemeriksaan dilakukan, yang merekodkan 29 kes dengan nilai keseluruhan barang kawalan yang dirampas berjumlah RM192,845, katanya.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan agensi lain berkaitan telah memulakan operasi itu yang bertujuan membanteras penyelewengan diesel bersubsidi, yang menyebabkan kerugian kepada negara dan menghalangnya daripada sampai kepada mereka yang layak,” katanya.

Armizan berkata dalam Ops Tiris 1.0 dan 2.0 yang dijalankan dari 1 Mac hingga 31 Dis tahun lepas, kira-kira 6.4 juta liter diesel bernilai RM14.2 juta dirampas, bersama rampasan bukan diesel lain berjumlah RM42.1 juta, manakala di Sabah, ia berjumlah RM1.05 juta dalam tempoh sama.

Mengenai bengkel itu, beliau berkata ia diadakan bagi membincangkan dan menambah baik kerjasama dalam operasi Tiris membabitkan 16 agensi penguatkuasaan bagi meluaskan skop penguatkuasaan kepada barangan kawalan lain selain diesel.

Antara objektif bengkel itu adalah untuk mengukuhkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa di kawasan sempadan dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) bagi penyerahan kes daripada agensi penguatkuasaan lain.

Armizan berkata, ia juga membabitkan pemantauan dan pemeriksaan di premis perniagaan yang membabitkan pemborong dan peruncit di kawasan sempadan serta audit terhadap pemborong diesel, pemegang permit barangan kawalan, bunker dan syarikat pengeksport.

“Selain itu, melaksanakan inisiatif mesra perniagaan baharu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga mengenai kod etika dan peraturan perundangan perniagaan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here