Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PKR Sabah belum tetapkan jumlah kerusi untuk PRN
Published on: Friday, February 23, 2024
Published on: Fri, Feb 23, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
PKR Sabah belum tetapkan  jumlah kerusi untuk PRN
“Termasuk, konsensus perbincangan yang akan diadakan dengan rakan kerjasama parti atau gabungan lainnya nanti,” Sazalye berkata.
Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah belum memutuskan sebarang ketetapan mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Sazalye Donol Abdullah berkata, malah tiada sebarang mesyuarat di peringkat MPN mengenai 25 kerusi yang akan ditandingi parti itu sebagaimana diumumkan, baru-baru ini.

Advertisement
Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Kota Marudu turut memaklumkan bahawa hasrat PKR Sabah itu hanya pendapat peribadi Pengerusi MPN Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam.

“Belum ada keputusan apa-apa lagi untuk kita (PKR Sabah) tanding berapa kerusi pada PRN akan datang, malah kita (MPN Sabah) belum ada sebarang mesyuarat mengenainya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pada dasarnya, kita memang mahu tanding banyak kerusi Dun pada PRN akan datang ini namun semuanya terpulang keputusan pucuk pimpinan parti ini.

“Termasuk, konsensus perbincangan yang akan diadakan dengan rakan kerjasama parti atau gabungan lainnya nanti,” katanya semasa sidang media, di sini, Rabu.

Advertisement
Sebelum ini, Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam dilaporkan sebagai berkata PKR Sabah berhasrat bertanding 25 kerusi Dun di setiap Parlimen pada PRN akan datang.

Keputusan itu katanya, dicapai semasa siri mesyuarat jelajah PKR Sabah di seluruh wilayah ini, baru-baru ini.

Advertisement
Perkara itu juga katanya, akan disampaikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibincangkan di peringkat Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, Sazalye turut menafikan berlaku perpecahan dalam PKR Sabah ekoran krisis kepimpinan sebagaimana dakwaan beberapa pihak sebelum ini.

Beliau berkata, PKR mengamalkan sepenuhnya demokrasi yang membolehkan semua ahlinya menyuarakan sebarang pendapat secara bebas walaupun menimbulkan kontroversi.

Katanya, situasi itu sering disalah anggap ramai pihak hingga timbul spekulasi kononnya berlaku ketidaksefahaman sedangkan ia adalah satu perkara biasa dalam PKR.

Ketika ditanya adakah semua pimpinan PKR Sabah menyokong penuh kepimpinan Dr. Sangkar, beliau berkata, secara dasarnya, semua menyokong kerana beliau adalah Pengerusi MPN Sabah.

“Secara dasarnya, ya (semua menyokong) kerana kita tidak boleh buat apa-apa sebab beliau adalah pengerusi dan kita kena ikut apa dia cakap,” tegasnya.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here