Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
PM beri tempoh hingga 20 Mac kepada KPKM, Naccol muktamad harga padi, beras
Published on: Sunday, February 25, 2024
Published on: Sun, Feb 25, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
PM beri tempoh hingga 20 Mac kepada KPKM, Naccol muktamad harga padi, beras
Gambar sekadar ilustrasi. - iStockphoto
KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh hingga 20 Mac depan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.

Beliau berkata penetapan harga barangan asas itu memerlukan sedikit masa untuk dimuktamad bagi mengimbangi keperluan pengguna dan pesawah supaya kedua-dua kumpulan tidak terbeban.

Advertisement
“Bila main soal dasar, nak tetapkan dasar, harga padi umpamanya, itu kita harus sabar sekejap, ikut proses sebelum kita muktamadkan dan saya sudah bercakap sendiri dengan pihak Bernas dalam mesyuarat Naccol baru-baru ini supaya mencari jalan (kurangkan) import beras manakala pengeluaran tempatan dinaikkan.

“Dia ada masalah, naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pengguna, tak naik (harga dan ini akan beri) beban kepada pesawah, jadi bagaimana nak imbangi kedua-duanya kerana pesawah adalah antara kelompok yang miskin di negara kita.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Rakyat umumnya mahu harga beras turun atau terkawal, pesawah mahu hasil mereka itu dinilai,” katanya pada majlis penutup Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here