Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
7 kampung di Kiulu alami masalah air akibat kemarau
Published on: Wednesday, February 28, 2024
Published on: Wed, Feb 28, 2024
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
7 kampung di Kiulu alami masalah air akibat kemarau
JONISTON meninjau sumber tadahan air penduduk di Kiulu, Tuaran.
Tuaran: Lebih 200 isi rumah membabitkan tujuh kampung kawasan Kiulu di daerah ini, dilaporkan mengalami masalah air kritikal berikutan musim kemarau atau cuaca tanpa hujan yang berpanjangan.

Antara kampung yang dikenal pasti terjejas akibat kekurangan bekalan air adalah Kampung Bungoliu, Tomis Baru, Kelawat, Simpangan Lama, Balabakan, Tomis Mangi Pangi dan Bongol.

Advertisement
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, beliau mengambil masa sehari mengadakan lawatan di kampung berkenaan pada hari ini bagi meninjau kemudahan setempat selain menerima luahan penduduk.

Dalam lawatan terbabit, beliau bertemu penduduk kampung bagi mendengar masalah dihadapi mereka dan membincangkan langkah penyelesaian untuk jangka masa pendek dan panjang yang perlu dilaksanakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya memandang serius keadaan gangguan air berlarutan yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung”.

“Antara cadangan penyelesaian sementara yang dikenalpasti setakat ini adalah menyediakan tangki air untuk menyimpan bekalan air di setiap kampung yang terjejas.

Advertisement
“Manakala untuk jangka masa panjang pula, cadangan penyelesaian adalah untuk menggunakan pam air secara efektif dari sumber air berhampiran,” katanya. 

Beliau yang dihubungi pada Selasa, turut menggesa Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bagi menghantar laporan keadaan sumber air kepada Jawatankuasa Bencana Daerah Tuaran melalui Pejabat Daerah Kecil Kiulu.

Advertisement
“Tindakan segera perlu dilaksanakan untuk menangani masalah air yang semakin meruncing,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Joniston juga memohon semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kiulu yang terlibat untuk memberikan laporan mengenai cadangan penyelesaian sementara bagi mengatasi masalah air di kampung masing-masing.

“Langkah-langkah ini diharapkan mampu memberi bantuan yang diperlukan kepada penduduk kampung yang terjejas.

“Kami akan terus memantau perkembangan mengenai penyelesaian masalah air ini dan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa kepada penduduk kampung terlibat,” katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Kionsom, Edry Simbun, 38, berkata dia dan keluarganya berjimat-cermat menggunakan air yang disalurkan daripada Loji Rawatan Air Telibong.

“Ketika ini, saya dapati ada kalanya bekalan air semakin kurang disebabkan tekanan yang terlalu rendah dan kami menggunakannya secara berhemah iaitu hanya menggunakan pada rutin yang perlu.”

“Cuaca kemarau tanpa hujan yang berpanjangan juga menyebabkan sumber dari tadahan air bukit semakin sedikit dan kami perlu mengumpul air sebagai persediaan sekiranya terputus bekalan air nanti,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here