Kota Kinabalu: Kain sarung import bernilai hampir RM1.64 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah dalam satu serbuan di sebuah gudang di Jalan Kolombong di sini, pada 5 Januari lalu.
Dalam rampasan kira-kira jam 5 petang itu, sebanyak 439 guni kain sarung yang diimport masuk dari China ditemui oleh Pasukan Tempur Operasi Medan JKDM.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman, berkata hasil serbuan terdapat guni yang mengandungi kain sarung disyaki tertakluk dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.