Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyatakan sejumlah RM230 juta diperuntukkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk usahawan Sahabat AIM di Sabah bagi tahun 2024 dan akan ditingkatkan.
Menurut Ewon, di bawah perancangan AIM bagi tahun 2024, sebanyak RM2.61 billion peruntukan keseluruhan akan disediakan untuk membiayai permohonan Sahabat Usahawan AIM di seluruh negara.
“AIM telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM319.32 juta pada tahun 2022 melibatkan seramai 67,312 usahawan dan sebanyak RM283.14 juta pada tahun 2023 kepada seramai 54,217 usahawan di Sabah," kata beliau di Dewan Rakyat menurut kenyataan media hari ini.