Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sumbangan berbaloi rakyat Malaysia, atlet taekwando terlepas penerbangan hadiahkan emas
Published on: Saturday, March 02, 2024
Published on: Sat, Mar 02, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sumbangan berbaloi rakyat Malaysia, atlet taekwando terlepas penerbangan hadiahkan emas
LEONEL, 12, (tengah) menunjukkan pingat emas yang diperolehnya pada Kejohanan itu. Dia bersama Valerie Grace (kanan) dan Safuan (kiri). – Foto Bernama
Kuala Lumpur: Pasukan taekwando dari pedalaman Sabah yang hampir ‘berputih mata’ untuk menyertai sebuah kejohanan antarabangsa sukan bela diri itu di ibu negara pada Khamis, berjaya meraih emas hasil bantuan luar biasa rakyat Malaysia menyumbang dana bagi tiket penerbangan mereka.

Kejayaan satu pingat emas dalam Kejohanan Taekwando Antarabangsa Hwarang Warrior 2024 itu pada Jumaat, menjadi kenangan manis buat Persatuan Taekwon-do Choi Jung Hwa Sabah itu, setelah melalui episod sedih apabila terlepas penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur pada Khamis.

Advertisement
Pengurus pasukan, Valerie Grace Peter Sompunodo ketika ditemui Bernama berkata mereka hampir melupakan hasrat menyertai pertandingan itu namun dengan bantuan rakyat Malaysia, mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM18,000 dalam masa empat jam untuk membeli semula tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.

Berkongsi lebih lanjut mengenai insiden itu, Valerie Grace berkata mereka sepatutnya menaiki pesawat dari Kota Kinabalu ke Sandakan pada pukul 9.30 pagi 28 Feb lepas, namun disebabkan kelewatan jadual penerbangan, mereka tiba di Sandakan lewat daripada masa yang dirancang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perkara itu, katanya, menyebabkan mereka terlepas penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur dan menyebabkan mereka tersadai beberapa jam di Lapangan Terbang Sandakan.

“Memang saya cari tiket penerbangan paling murah sejak tahun lepas untuk pertandingan ini dan dapatlah RM299. Semua guna dana ibu bapa. Jadi apabila terlepas penerbangan memang kami reda dan mahu mengundur diri.

Advertisement
“Namun setibanya di Kota Kinabalu semula (pada 28 Feb) kami tidak menyangka rupanya ada insan hati mulia menerusi akaun Facebook Riniejene Anthony membantu mengumpul dana menerusi media sosial dan membantu menguruskan pembelian tiket penerbangan baharu pada keesokan harinya (29 Feb),” katanya. 

Sementara itu, Leonel Bellvin, 12, yang menghadiahkan pasukannya pingat emas bagi acara kyorugi (tempur) kategori 38-45 kg lelaki peringkat umur 11-12 tahun, berkata kejayaan itu amat bermakna buatnya yang baharu sahaja berlatih selama setahun bersama pasukan.

Advertisement
“Ini juga merupakan hadiah ulang tahun yang ke-12 pada 7 Mac ini dan saya mahu meraih banyak pingat lagi untuk  harumkan nama negeri, harumkan nama sekolah dan ibu bapa,” katanya yang berbangsa Dusun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Popok, Kota Marudu.  

Selain Leonell, empat lagi peserta yang terlepas penerbangan ialah Evan Filemon, 15, Deqqusyairi Jaafar, 15, Darren Michael Daholok @ Peter, 16, dan Erwin Daymiean Junaidi, 15, kesemuanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongkol, Pitas.

Sementara itu, jurulatih persatuan, Safuan Fathy Amran, 33, berkata beliau amat terharu dengan usaha dan kesungguhan orang ramai dalam membantu mereka. 

Beliau berkata pasukan kendaliannya menempuh banyak cabaran untuk menghadapi kejohanan itu, antaranya kekurangan fasiliti dan lokasi sesuai untuk berlatih, memandangkan anak buahnya terdiri daripada mereka yang berasal dari Kota Marudu dan Pitas selain kebanyakan mereka daripada kalangan orang susah.

Menurut Safuan jarak antara kedua-dua daerah adalah kira-kira 50 kilometer, menyebabkan beliau sukar untuk memilih lokasi latihan yang sesuai.

“Saya fikir satu sahaja, saya tidak mahu ibu bapa kecewa…kerana ada antara mereka yang menangis bila dapat tahu penerbangan terlepas…saya orang paling sedih dan kecewa, tapi dengan pingat emas ini, ia bagai satu motivasi untuk peserta seterusnya, terima kasih rakyat Malaysia,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here