Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Umno dicadang buka ‘war room’ di Parlimen ‘6 Jahanam’
Published on: Sunday, March 03, 2024
Published on: Sun, Mar 03, 2024
By: FMT
Text Size:
Text:
Umno dicadang buka ‘war room’ di Parlimen ‘6 Jahanam’
Ahmad Maslan berpandangan tiada masalah bagi JPPM lulus pindaan perlembagaan Bersatu yang wajibkan pengosongan kerusi wakil rakyat jika sokong parti lawan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Ahmad Maslan mencadangkan Umno membuka “war room” di enam Parlimen milik Bersatu sebagai “persediaan awal”.

Beliau yang juga ketua sekretariat war room Umno pusat berkata demikian susulan pindaan perlembagaan Bersatu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan yang diluluskan sebulat suara dalam perhimpunan agung khas, semalam.

Advertisement
Ahmad merujuk kepada Parlimen Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Labuan, Bukit Gantang dan Tanjong Karang, yang mana penyandangnya kini isytihar menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bekas setiausaha agung Umno itu berkata, mengikut pengalamannya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) tiada masalah meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mengikut pengalaman saya sebagai setiausaha agung Umno yang melalui pindaan perlembagaan parti tahun lalu, jika segalanya (pindaan) dibuat teratur dan mengikut syarat, maka kebiasaannya RoS (JPPM) akan meluluskan pindaan itu.

“Saya menjangkakan RoS akan meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu. Jadi, Umno yang sebelum ini bertanding di enam kerusi Parlimen berkenaan perlu proaktif dan membuat persiapan rapi bagi PRK dengan membuka ‘war room’ di enam Parlimen itu,” katanya menurut Berita Harian.

Advertisement
Beliau ditemui selepas merasmikan bengkel penerangan sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dan pengucapan awam Umno Bahagian Pontian.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata mengikut pengalaman sebelum ini, selepas terima kelulusan JPPM berkaitan pindaan perlembagaan, parti akan hantar perutusan kepada speaker Dewan Rakyat memaklumkan mengenai kekosongan kerusi, sesuai dengan Akta Anti Lompat Parti.

Advertisement
Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata selaras pindaan perlembagaan parti keahlian Ahli Parlimennya yang mengalih dan akan mengalih sokongan terbatal secara automatik.

Katanya, selepas pindaan itu dikuatkuasakan dan mendapat kelulusan JPPM, pihaknya akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen terbabit yang mengalih sokongan.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Setakat semalam, Syed Hussin, Suhaili dan Zulkafperi memberi maklum balas tidak akan mengosongkan kerusi dan akan menyerahkan kepada mahkamah sama ada perlu bagi mereka berbuat demikian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here