Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Transformasi industri getah untuk tingkat harga jualan
Published on: Sunday, March 03, 2024
Published on: Sun, Mar 03, 2024
Text Size:
Text:
Transformasi industri getah untuk tingkat harga jualan
Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin
Kota Kinabalu: Kerajaan perlu mengadakan nilai tambah dan transformasi dalam industri getah bagi memastikan harga komoditi itu lebih kompetetif, kata Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Katanya,  kejatuhan harga getah kepada sekitar RM2.80 ketika ini telah mengakibatkan ramai penoreh getah enggan untuk meneruskannya dan beralih kepada tanaman lain.

Advertisement
Ini mengakibatkan negara mengalami kerugian kira-kira RM2.3 bilion kesan daripada tiada output getah dihasilkan daripada ladang berkeluasan 425,000 hektar, katanya.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada harga getah yang dipengaruhi oleh orang tengah serta harga pasaran dunia yang sukar dikawal oleh kerajaan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru Kerajaan perlu memberi tumpuan untuk memperkasa sektor industri pembuatan getah tempatan, khususnya dalam aspek pengeluaran tayar jenama tempatan, seperti yang dilakukan oleh kerajaan menerusi pelaksanaan dasar automotif negara yang telah berjaya menghasilkan Proton. 

“Usaha perlu dilakukan bagi menghasilkan tayar jenama tempatan untuk memastikan berlakunya pencetus perubahan atau pun  transformasi industri getah agar ia terus kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian semasa membahas Titah Ucapan Diraja pada Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut Riduan, mekanisme yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan ialah menerusi suntikan dana, atau pinjaman daripada pihak kerajaan kepada pengusaha industri dan pengeluaran produk berasaskan getah.

Advertisement
“Perkara ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan Thailand pada 2016 menerusi pinjaman berjumlah 15 bilion baht atau sekitar RM1.78 bilion berdasarkan kadar semasa pada waktu itu, kepada sektor pembuatan sarung tangan, tayar dan produk getah. 

“Pinjaman ini diberikan dengan syarat pengusaha industri getah perlu menggunakan empat tan getah setiap tahun bagi satu juta bhat (RM119,000) dalam pinjaman mudah. 

“Saya percaya inisiatif seperti ini mampu meningkatkan penggunaan getah domestik dan secara tidak langsung akan berupaya meningkatkan harga getah kepada kadar yang lebih kompetetif,” tegasnya.

Beliau bimbang sekiranya tiada tindakan diambil oleh kerajaan dengan kadar segera, ia akan mengakibatkan industri itu terkubur suatu hari nanti, kesan daripada tindakan pekebun getah yang beralih kepada tanaman lebih menguntungkan.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here