Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peniaga bazar Ramadan diingat ambil suntikan tifoid
Published on: Monday, March 04, 2024
Published on: Mon, Mar 04, 2024
Text Size:
Text:
Peniaga bazar Ramadan diingat ambil suntikan tifoid
Sabin juga berkata, DBKK melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan mengadakan pemeriksaan dan pengambilan sampel makanan terhadap peniaga di 15 lokasi bazar Ramadan.
Kota Kinabalu: Setiap peniaga atau pengusaha makanan di bazar Ramadan diingatkan untuk mengambil suntikan tifoid sebagai langkah menjamin keselamatan makanan.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah (gambar) berkata, setiap pengendali makanan, terutama peniaga di bazar Ramadan seliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), perlu mengambil imunisasi tersebut termasuk usahawan kecil yang berniaga di hadapan atau kaki lima rumah.

Advertisement
“Suntikan vaksinasi ini penting untuk mencegah jangkitan tifoid atau demam kepialu yang mudah menular melalui makanan dan minuman yang dicemari bakteria Salmonella typhi.

“Setiap pengendali makanan juga perlulah memastikan peralatan yang digunakan untuk penyediaan makanan atau minuman seperti alat pemotong, apron dan penutup kepala dalam keadaan bersih.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Di samping itu, makanan yang dijual haruslah segar dan sentiasa ditutup agar terhindar dari lalat serta habuk,” katanya ketika ditemui media pada Program Friendly Ride Bersama Toh Puan, pada Sabtu.

Sabin juga berkata, DBKK melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan mengadakan pemeriksaan dan pengambilan sampel makanan terhadap peniaga di 15 lokasi bazar Ramadan.

Advertisement
“Enam daripadanya adalah di bawah seliaan DBKK dan ini dilakukan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.  

“Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, DBKK membenarkan peniaga kecil terutama suri rumah untuk berjualan di kawasan atau kaki lima rumah masing-masing, namun mesti mengutamakan aspek keselamatan seperti tidak menghalang lalu lintas orang awam dan perlu mengambil suntikan tifoid,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here