Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
JKKK, agensi kerajaan digesa proaktif bantu keperluan masyarakat
Published on: Wednesday, March 06, 2024
Published on: Wed, Mar 06, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
JKKK, agensi kerajaan digesa proaktif bantu keperluan masyarakat
NORAZLINAH berucap merasmikan program gotong royong membersih Tanah Perkuburan Kg. Buang Sayang.
KUNAK: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Kampung (KK) dan badan-badan bertindak yang lain di peringkat akar umbi serta agensi kerajaan diseru agar bekerjasama dan meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam membuat sesuatu keputusan untuk faedah masyarakat.

Adun Kunak, Datuk Norazlinah Arif berkata JKKK dan Ketua Kampung perlu proaktif dengan memastikan keperluan penduduk atau sebarang permohonan untuk tujuan pembangunan di kampung diberi perhatian dan dibuat secara dokumentasi bagi memudahkan pihak pengurusan Adun meneliti setiap perkara yang diperlukan disemak dan dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tujuan lanjut.

Advertisement
“Paling penting, kerjasama kita perlu ada untuk Kunak yang lebih baik. Saya akan pastikan pembangunan, pengurusan yang terbaik,” katanya ketika merasmikan program gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg Buang Sayang, di sini pada Ahad.

Menurut Norazlinah, beliau akan memastikan keperluan membina pagar tanah perkuburan itu dilaksana melalui peruntukan Adun yang beliau luluskan berjumlah sekurang kurangnya RM20,000 untuk tujuan tersebut.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here