Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Penganggur miliki harta curi dipenjara 36 bulan
Published on: Wednesday, March 06, 2024
Published on: Wed, Mar 06, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur miliki harta curi dipenjara 36 bulan
Bagi pertuduhan pertama, Fakrulruzi dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menyimpan lima unit barangan elektrik milik sebuah syarikat di Kolombong.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 36 tahun pada Selasa dipenjara 36 bulan atas empat kesalahan memiliki harta curi.

Mohd Fakrulruzi Hashim mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melakukan kesalahan itu pada 8 Februari tahun ini pada jam 9.30 malam di sebuah bilik sebuah unit di Taman Antarabangsa, dekat sini.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Fakrulruzi dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menyimpan lima unit barangan elektrik milik sebuah syarikat di Kolombong.

Fakrulruzi, bagi pertuduhan kedua, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana menyimpan dompet, jam tangan dan sembilan keping wang mata wang asing yang dicuri daripada Lee She Wee.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan ketiga, Fakrulruzi dipenjara 10 bulan kerana menyimpan dua jam tangan, dua telefon pintar, alat kawalan jauh pagar dan sebuah binakular, yang dicuri daripada Wong Tee Vui.

Fakrulruzi dipenjara 12 bulan lagi bagi pertuduhan keempat menyimpan jam tangan curi milik orang lain.

Advertisement
Setiap pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Lovely mengarahkan Fakrulruzi menjalani hukuman penjara itu secara berturut-turut.

Advertisement
Terdahulu, Inspektor Kelvan Elson Maik yang mengendalikan pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa pengadu setiap kes membuat laporan polis berhubung rumah dan premis masing-masing dipecah masuk antara 19 Disember 2023 dan 8 Februari tahun ini di Kolombong, Luyang dan Manggatal, di mana harta mereka termasuk yang ditemui bersama Fakrulruzi, telah dicuri.

Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili Fakrulruzi memohon hukuman ringan kerana dia tidak bekerja.

Kelvan memohon hukuman setimpal.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here