Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM101 juta untuk biasiswa, dermasiswa
Published on: Thursday, March 07, 2024
Published on: Thu, Mar 07, 2024
Text Size:
Text:
RM101 juta untuk biasiswa, dermasiswa
HAJIJI bergambar bersama warga pendidik.
KERAJAAN Negeri akan terus memperuntukkan bajet yang besar untuk memastikan rakyat Sabah mendapat pendidikan yang berkualiti, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan  RM101 juta untuk biasiswa dan dermasiswa bagi membolehkan pelajar mendapatkan pendidikan lebih tinggi tahun ini, tambahnya.

Advertisement
“Peruntukan ini merupakan antara inisiatif bantuan pendidikan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi memperkuatkan sektor pendidikan di negeri ini,” katanya ketika perasmian Majlis Penghargaan Pengurusan Sekolah (Mapens) untuk Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran pada 29 Feb.

Beliau menggesa pendidik agar terus berusaha, bersemangat menunjukkan budaya prestasi tinggi dalam menghasilkan individu-individu berpendidikan yang mampu bersaing di peringkat global.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menegaskan dunia hari ini memerlukan mereka yang cemerlang dan berdaya juang untuk sama-sama membina negara.

“Pembangunan pendidikan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Ini kerana pendidikan penting dalam mengubah nasib anak bangsa.

Advertisement
Ini sejajar dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), dimana pembangunan sumber manusia menjadi antara agenda utama yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, peranan dan sumbangan guru penting dalam memastikan generasi baharu boleh memenuhi segala ruang dan peluang yang ada dan menghadapi apa pun cabaran yang mendatang,” katanya.

Advertisement
Hajiji turut menggesa para pendidik di negeri ini, terutamanya di Tuaran, agar memulakan perubahan dan penambahbaikan bagi meningkatkan pencapaian pendidikan, termasuk perwatakan pelajar di sekolah masing-masing.

Tambahnya, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan pendidikan di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here