Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tidak bayar cukai: Syarikat, dua ahli lembaga didenda RM21,000
Published on: Thursday, March 07, 2024
Published on: Thu, Mar 07, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tidak bayar cukai: Syarikat, dua ahli lembaga didenda RM21,000
Kesalahan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 26(8) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya, atas sabitan.
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat dan dua ahli lembaga pengarahnya masing-masing didenda RM21,000 atas 21 pertuduhan gagal membayar bayaran cukai perkhidmatan membabitkan RM44,819.24 antara 2018 dan 2022.

Hakim Mahkamah Sesyen Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Everyday Gourmet Sdn Bhd, Tsen Pai Lin @ Lucy dan Vickie Chu Kim Yee selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh membayar RM1,000 atau dua bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan juga membayar cukai penuh serta penalti berjumlah RM1,611,427.45.

Syarikat dan pengarah lembaga gagal membuat pembayaran cukai perkhidmatan mengikut tempoh ditetapkan untuk 21 tempoh bercukai antara 2018 dan 2022.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 26(8) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya, atas sabitan.

Mengikut fakta kes, mereka memang mengemukakan cukai jualan dan perkhidmatan SST-02 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah mengikut tempoh ditetapkan tetapi gagal membayar jumlah cukai perkhidmatan.

Advertisement
Mereka juga gagal membayar penalti kerana pembayaran lewat.

Ketika mitigasi, peguam Syazwan Shah yang mewakili syarikat dan pengarah lembaga terbabit, merayu denda paling rendah.

Advertisement
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Kastam Azizah Talibe menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan sebagai pengajaran kepada semua tertuduh dan orang kena cukai yang lain.

Mereka membayar denda. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here