Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tambang penerbangan Kota Kinabalu-Tawau bebankan pengguna: Persatuan
Published on: Friday, March 08, 2024
Published on: Fri, Mar 08, 2024
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Tambang penerbangan Kota Kinabalu-Tawau bebankan pengguna: Persatuan
Menurut David lagi, persatuan itu sangat kecewa mengapa setiap kali musim perayaan datang tiket penerbangan mahal sehinggakan penerbangan domestik antara Kota Kinabalu ke Tawau sehala pun menelan belanja hampir RM500.
Kota Kinabalu: Kerajaan perlu menyemak semula harga tiket penerbangan laluan Kota Kinabalu – Tawau yang kini mencecah sehingga RM500 sehala sekali gus dilihat membebankan orang ramai di negeri ini.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, harga ini terlalu membebankan pengguna kerana terlalu mahal terutama di musim cuti sekolah atau menjelang musim perayaan.

Advertisement
Katanya, dalam tempoh terdekat pengguna beragama Islam akan menyambut Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu aktiviti penerbangan merupakan pilihan utama pelajar dan orang ramai yang ingin balik ke negeri ini.

“Kita belum lagi menyemak harga penerbangan melibatkan laluan Kota Kinabalu – Kuala Lumpur kemungkinan besar harga mungkin lebih tinggi sehingga menimbulkan kerumitan pengguna di negeri ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita pohon agar kerajaan menyemak semula harga ini, jangan ambil kesempatan dalam musim cuti sekolah serta perayaan kerana sistem penerbangan merupakan pilihan utama bagi masyarakat di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Menurut David lagi, persatuan itu sangat kecewa mengapa setiap kali musim perayaan datang tiket penerbangan mahal sehinggakan penerbangan domestik antara Kota Kinabalu ke Tawau sehala pun menelan belanja hampir RM500.

Advertisement
Jelasnya, hal demikian adalah tidak munasabah.

“Kita semua tahu semasa Hari Raya orang ramai bersedia untuk balik ke kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga manakala pelajar belajar di semenanjung juga kecewa kerana tiket terlalu mahal sangat membebankan rata-rata mereka tidak mampu.

Advertisement
“Untuk harga tiket melambung sebegitu rupa, tidak wajar, ibarat mengambil kesempatan di atas kesempitan yang sudah sedia dialami oleh pengguna.

“Saya berharap syarikat penerbangan dapat mempertimbangkan untuk menyediakan harga tiket penerbangan lebih murah milik untuk pelajar serta orang ramai,” jelas David.

Dalam pada itu, orang ramai yang turut menzahirkan kekecewaan dengan harga penerbangan khasnya dari Kuala Lumpur ke Sabah, dilihat menjadi topik perbualan di media sosial.

Ada yang berkongsi bahawa tiket penerbangan ke Sabah mahal kerana kos penerbangan ke Sabah umpama kos ke bulan.

“Harga tiket kapal terbang mesti dikawal, tidak boleh sewenang-wenangnya naik melambung sampai begitu sekali.

“Hal ini sudah lama, dari dulu dan sekarang masih berlarutan tanpa penyelesaian.

“Syarikat penerbangan tolong peka dan faham keadaan, untuk berbisnes mencari keuntungan, tidak ada salahnya namun jangan sampai bersikap seolah-oleh ‘menyembelih leher’ pengguna kita,” kata David. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here