Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM35,000 untuk bantu 97 mangsa kebakaran di Bongawan
Published on: Friday, March 08, 2024
Published on: Fri, Mar 08, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
RM35,000 untuk bantu 97 mangsa kebakaran di Bongawan
ARIFFIN (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran pada majlis itu.
BONGAWAN: Kesukaran dialami 97 mangsa kebakaran selepas kediaman mereka musnah dalam satu kejadian di Kampung Laut, di sini mendapat perhatian kerajaan negeri dan agensi-agensi Islam.

Dalam satu majlis yang diadakan di Surau Kampung Laut, seramai 25 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran menerima sumbangan RM35,000 disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Arif, di sini, Khamis.

Advertisement
Sebanyak RM25,000 disumbangkan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) manakala RM10,000 disumbangkan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, termasuk bantuan makanan keperluan oleh agensi Islam berkaitan.

Hadir sama Timbalan Yang Di Pertua (YDP) Muis, Datuk Malai Ali Malai Ahmad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains), Jumain Abdul Ghani; wakil rakyat Bongawan, Dr Daud Yusof dan Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arifin yang juga wakil rakyat Membakut berkata, pihaknya akan mengenal pasti keperluan mangsa khususnya mereka yang bakal memulakan sesi persekolahan minggu depan khususnya kelengkapan sekolah.

“Kita akan mengenal pasti keperluan mereka dan mudah-mudahan kita dapat membantu mereka,” katanya sambil menambah semoga mangsa kebakaran bersabar dengan ujian Allah SWT.

Advertisement
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya orang perseorangan, persatuan-persatuan yang turut sama membantu dan meringankan beban mangsa kebakaran terbabit.

Isnin lepas, sebanyak 12 buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12 tengahari itu dan menyebabkan 97 penduduk tinggal sehelai sepinggang. 

Advertisement
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian masih dalam siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here