Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Gangguan bekalan air: Air masin sebabkan loji tidak beroperasi 20 hari
Published on: Saturday, March 09, 2024
Published on: Sat, Mar 09, 2024
Text Size:
Text:
Gangguan bekalan air: Air masin sebabkan loji tidak beroperasi 20 hari
SHAHELMEY mencelup jari ke dalam air masin dan memeriksa tahap kemasinan.
PAPAR: Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya berkata paras air masin yang memasuki kawasan permukaan muka sauk Sungai Papar menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) EWSS Limbahau tidak dapat beroperasi selama 20 hari.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya, berkata keadaan tersebut menjejaskan 54,165 pengguna dari 19 kampung.

Advertisement
Antara kampung terjejas adalah Kg Pengalat Kecil, Kg Pengalat Besar, Kg Sekayan, Kg Sagang, Kg Kelanahan, Kg Biau/ Sabandil, Kg Kuala Dalam, Perumahan Murah Kuala, Kampung Laut, Kg Bambangan, Taman Sinar Kelanahan, Kg Berundong, Kg Balallait, Kg Sapat, Kg Melugus, Kg Baun Sumbiling, Kg Bundusan, Kg Kambizaan dan Perumahan Melinsung.

Shahelmey berkata tahap kemasinan air sungai kini mencecah 2899mg/L, melebihi had maksimum yang dibenarkan iaitu 20mg/L.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“LRA Limbahau sudah tidak beroperasi selama 20 hari disebabkan oleh kemarau berpanjangan, yang menyebabkan air laut masuk ke dalam sungai ini sehinggalah kawasan permukaan muka sauk.

“Disebabkan oleh tahap kemasinan air sungai ketika ini, kita lihat jumlah bacaan 2899 mg/L yang jauh melebihi had maksimum yang dibenarkan 120 mg/l jadi loji ini tidak dapat berfungsi. 

Advertisement
“Sementara loji ini tidak berfungsi, kita terpaksa menggunakan air daripada LRA Kogopon untuk dibekalkan kepada komuniti atau penduduk sekitar Papar

“Untuk LRA limbahau ini kapasitinya adalah 10 juta liter sehari membabitkan 52,000 penduduk,” katanya ketika melawat ke LRA EWS Limbahau dekat sini, pada Khamis.

Advertisement
Bagi mengurangkan masalah itu, beliau mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bekerjasama dengan Pejabat Daerah Papar untuk mengagihkan air ke kampung terlibat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah yang akan diadakan pada Jumaat.

“Kegagalan operasi menyebabkan kekurangan bekalan air di Papar, jadi saya mengarahkan JANS dengan kerjasama Pejabat Daerah untuk mengagihkan air ke kawasan terjejas agar masalah ini dapat dikurangkan.

“Oleh itu, kita minta Pegawai Daerah membuat mesyuarat melibatkan JANS dan jabatan-jabatan berkaitan untuk memastikan air diagihkan kepada masyarakat serta penduduk di daerah ini dapat dilakukan.

“Tentang kaedah, bagaimana... mereka akan fikirkan sama ada menyediakan tangki ataupun lori

“Apa yang penting rakyat dapat air dan tidak ada lagi aduan mereka tidak dapat air lebih daripada tiga atau lima hari.”

Shahelmey berkata, mewujudkan permukaan muka sauk kedua bagi LRA akan mengambil masa enam bulan dengan anggaran kos yang mampu ditanggung oleh kerajaan.

“Memandangkan LRA Limbahau ini mempunyai rekod sejak beberapa tahun lalu, pada tahun lepas sahaja loji ini terpaksa ditutup operasi selama 14 hari dan tahun ini lebih 20 hari, kita memikirkan satu penyelsaian untuk membuat permukaan muka sauk kedua yang bebas air masin. 

“Saya sudah berbincang dengan pengarah air, Jurutera Air Daerah untuk mengenal pasti permukaan muka sauk kedua bagi LRA Limbahau untuk pastikan loji ini boleh terus beroperasi kelak,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin, Adun Kawang Datuk Seri Ghulamhaidar, Adun Limbahau Datuk Juil Nuatim, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah Datuk Ridhwan Roger Linus dan Pengarah JANS Suhaimi Asbullah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here