Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
285 koloni setinggan dikenal pasti di seluruh Sabah
Published on: Sunday, March 10, 2024
Published on: Sun, Mar 10, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
285 koloni setinggan dikenal pasti di seluruh Sabah
Dr Joachim berkata hanya tiga daerah daripada 27 daerah di Sabah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran tidak mempunyai koloni setinggan, justeru setiap daerah disaran supaya mempunyai pelan bagi menangani isu setinggan ini.
Kota Kinabalu: Jawatankuasa Induk Menangani Setinggan Sabah telah mengenal pasti sebanyak 285 koloni setinggan di seluruh negeri melibatkan 33,566 rumah dan 130,397 penduduk, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata hanya tiga daerah daripada 27 daerah di Sabah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran tidak mempunyai koloni setinggan, justeru setiap daerah disaran supaya mempunyai pelan bagi menangani isu setinggan ini.

Advertisement
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri itu berkata bagi mengatasi masalah itu, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarahkan untuk menyediakan kajian keperluan perumahan, mengenal pasti serta menyenaraikan tanah tersedia untuk pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Saya ingin melihat lebih banyak daerah atau PBT yang sifar setinggan. Daerah atau PBT yang mempunyai banyak koloni setinggan hendaklah mencapai penurunan yang ketara menjelang akhir 2025 nanti,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau juga mahu semua PBT berusaha memperkasa khidmat kepada penduduk masing-masing, malah mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan kekangan dihadapi seperti isu kebersihan dan bukan hanya menunggu konsesi pembersihan dilantik.

Dr Joachim juga sering menerima terus aduan awam mengenai tahap kebersihan, serta lampu-lampu jalan yang tidak menyala pada waktu malam, justeru tindakan proaktif perlu untuk menyelesaikan masalah terbabit sebelum aduan itu dibuat.

Advertisement
Beliau berkata jelajah ke PBT di Sabah telah dimulakan dan telah melawat Majlis Daerah di Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan, dan hasil lawatan itu mendapati masalah dihadapi PBT hampir sama. 

Beliau berkata antara masalah dikenal pasti adalah kekurangan kewangan dan kakitangan, kemudahan asas serta kemudahan PBT umumnya usang dan tidak diselenggara dengan baik. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here