Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Veteran ATM  di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Published on: Sunday, March 10, 2024
Published on: Sun, Mar 10, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Veteran ATM  di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
“Sekiranya terdapat veteran tentera yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah kerana mereka dikategorikan sebagai senarai eKasih atau di bawah kategori B40, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada wakil rakyat di setiap kawasan," kata Nizam.
TAWAU: Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata program Rumah Mesra SMJ adalah inisiatif kerajaan negeri yang menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dengan 22 rumah akan dibina untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Advertisement
“Sekiranya terdapat veteran tentera yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah kerana mereka dikategorikan sebagai senarai eKasih atau di bawah kategori B40, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada wakil rakyat di setiap kawasan.

“Sekiranya mereka layak dengan syarat-syarat yang ditetapkan boleh mendapatkan rumah SMJ yang diperkenal oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuatat Agung Tahunan ke-33 Persatuan Veteran ATM ( PVATM) Cawangan Tawau di Dewan KD Sri Tawau di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Nizam yang juga Penaung PVATM Cawangan Tawau dalam pada itu berkata beliau yakin kerajaan akan sentiasa melihat keperluan golongan veteran ATM dan berusaha menyelesai segala isu berkaitan termasuk isu pencen.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here