LAHAD DATU: Larian amal yang dianjurkan oleh Humana Child Aid Society Sabah bersama Aflatoun International merupakan satu inisiatif yang baik dalam menggalakkan pembudayaan amalan hidup sihat di kalangan masyarakat.
Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Silam, Datuk Mizma Appehdullah berkata, melalui acara larian amal ini, kita dapat menggalakkan masyarakat untuk menyertai acara yang mempunyai banyak manfaat.
Katanya, larian bukan sahaja mampu meningkatkan kekuatan fizikal tetapi juga dapat mempengaruhi kesihatan mental.
Kesihatan mental, katanya adalah sama penting dengan kesihatan fizikal dan tidak boleh dipandang enteng.
Advertisement





