Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jumlah pekerja hidap diabetes naik hampir 10%, kata menteri
Published on: Monday, March 11, 2024
Published on: Mon, Mar 11, 2024
By: Predeep Nambiar, FMT
Text Size:
Text:
Jumlah pekerja hidap diabetes naik hampir 10%, kata menteri
Steven Sim (dua dari kanan) melancarkan kempen tanpa gula di kilang Jabil Circuit di Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini. (Gambar Facebook)
GEORGE TOWN: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim bimbang peningkatan hampir 10% pekerja menghidap diabetes pada dekad lalu.

Memetik saringan kesihatan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), beliau berkata, jumlah pekerja didiagnos menghidap diabetes tahun lalu meningkat kepada 19.9% berbanding hanya 9% pada 2013.

Advertisement
Selain menjejaskan produktiviti di tempat kerja dan kualiti hidup lebih rendah, katanya, Perkeso terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk mewarat pekerja menghidap diabetes.

Menurutnya, Perkeso membelanjakan hampir RM300 juta tahun lalu untuk merawat pekerja menghidap diabetes.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita perlu cari jalan memperlahankan peningkatan kadar pesakit diabetes dalam kalangan pekerja. Itu sebabnya Perkeso kini menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma di seluruh negara serta mendidik pekerja tentang tabiat pemakanan baik,” katanya selepas melancarkan kempen tanpa gula untuk membantu mencegah diabetes dalam kalangan pekerja di kilang Jabil Circuit, Bayan Lepas.

Beliau berkata, Perkeso mengumpul maklumat mengenai diabetes dengan memantau 800,000 pekerja berumur 40 tahun ke atas sejak 2013. Tahun lepas saja, mereka memeriksa 175,000 orang.

Advertisement
Katanya, Perkeso mendapati 59.9% daripada pekerja itu mempunyai kolesterol tinggi, 20.4% tekanan darah tinggi (hipertensi) dan 19.9% menghidap diabetes. Mereka juga mendapati lebih satu perempat daripada semua pekerja yang diperiksa dianggap “obes”.

Sim berkata, kementeriannya akan memperuntukkan RM42 juta untuk menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah pusat dialisis Perkeso di setiap negeri dalam tempoh dua tahun akan datang. Selangor dan Johor sudah mempunyai sebuah pusat itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here