Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penunggang motor maut dirempuh, diheret lori di Papar
Published on: Tuesday, March 12, 2024
Published on: Tue, Mar 12, 2024
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Penunggang motor maut dirempuh, diheret lori di Papar
KEADAAN lori dan motosikal yang merempuh tiang elektrik di bahu jalan.
PAPAR: Seorang penunggang motosikal berusia 48 tahun maut selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori di KM5 Jalan Papar – Beaufort, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian berlaku apabila mangsa memintas sebuah lori ketika menghala ke Kota Kinabalu kira-kira jam 2.20 petang.

Advertisement
“Lori yang dipandu lelaki berusia 30 tahun bersama seorang penumpang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dari arah Lawas di lorong kiri tiba-tiba memintas mangsa yang menaiki motosikal.

“Disebabkan jarak yang singkat, pemandu tidak sempat menekan brek yang menyebabkannya melanggar bahagian belakang motosikal mangsa,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Susulan rempuhan itu, mangsa tercampak dari motosikalnya sebelum diseret ke bawah lori sebelum kedua-dua kenderaan itu berhenti selepas melanggar tiang elektrik berhampiran yang terletak di bahu jalan.

Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Papar yang berada di tempat kejadian manakala pemandu lori dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Papar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sepasukan anggota terdiri daripada enam anggota diketuai Pegawai Kanan Henry Hilarion dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Papar dikejarkan ke lokasi selepas dimaklumkan pada jam 2.34 petang.

Advertisement
Jurucakap jabatan berkata pasukan itu segera menjalankan operasi untuk mengeluarkan mangsa, dikenali sebagai Moksin Aduruk, yang tersepit di bawah lori.

Selepas selesai, mayat gemulah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pukul 3.47 petang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here